Testimoni
|
|
|
|
 |
|
Amirah Syafiqah
Peniaga, Johor |
|
 |
|
 |
Saya Fikir Saya Malang...
Rupanya Saya Hanya Tak Kenal Diri |
“Saya kenal kelas ni dari TikTok masa tengah struggle dengan kewangan dan rasa macam selalu tak bertuah. Lepas join, saya mula faham energy diri dan belajar urus masalah dengan lebih tenang.
Numerology ni bantu saya stabilkan emosi dan kenal karakter sendiri. Bagi saya, ini ilmu asas yang sangat berguna – bukan tilik nasib, tapi cara nak faham diri dan perbaiki hidup.” |
|
|
 |
|
Veer Kaur
Usahawan, Kuala Lumpur |
|
 |
|
 |
Cash Flow Pulih, Hubungan Diperbaiki —
Semua Bermula Dengan Satu Kelas |
“Dulu saya ada masalah 'cash flow' dan kurang memahami keluarga. Selepas menyertai kelas Cikgu Ada, saya belajar mengenai kelebihan dan kekurangan diri saya serta memahami dengan lebih jelas situasi bisnes dan kewangan saya.
Saya menggunakan teknik yang diajar, dan hasilnya masalah kewangan saya semakin baik, dan hubungan dengan keluarga juga menjadi lebih harmoni. Kelas Cikgu Ada banyak membantu saya untuk memahami diri sendiri serta situasi kehidupan kami sekarang — dan ini sangat membantu dalam melancarkan kegiatan harian kami.” |
|
|
|
 |
|
Masliza R. M. Ismail
Profesional Korporat, Kuala Lumpur |
|
 |
|
 |
Dulu Saya Hanya Tahu Nombor — Sekarang Saya Faham Cara Hadap Hidup |
Sebelum saya sertai kelas Cikgu Ada, saya pernah belajar Metafizik — tapi hanya berdasarkan tarikh lahir, dan tidak banyak membantu saya menyelesaikan isu sebenar dalam hidup. Saya masih bergelut dalam hubungan peribadi dan persekitaran kerja. Walaupun saya tahu nombor saya, saya tidak tahu bagaimana untuk menggunakan pengetahuan itu bagi menyelesaikan masalah sebenar. Ia seperti tahu fakta, tapi tak tahu jalan keluar.
Kelas bersama Cikgu Ada membuka dimensi baru untuk saya. Saya mula faham bahawa nombor dalam hidup kita bukan hanya tarikh lahir, tapi juga termasuk nombor yang kita guna setiap hari — nombor telefon, nombor kereta, alamat, dan banyak lagi. Setiap nombor itu membawa tenaga tertentu, dan tenaga itulah yang mencorakkan pengalaman yang saya lalui.
Saya juga belajar bahawa jalan keluar itu bukan diberi, tapi dibimbing — terpulang pada kita bagaimana nak guna informasi tenaga ini untuk hadapi hidup dengan lebih bijak dan sedar. Saya tidak anggap ini “kelas tilik nasib”. Ini adalah kelas untuk kenal diri, faham medan tenaga, dan cari cara praktikal untuk hidup lebih seimbang.
Saya sangat syorkan kelas ini kepada sesiapa yang sedang mencari arah dalam kerjaya, bisnes atau hubungan peribadi. Ilmu ini bukan sahaja berguna untuk diri sendiri, tapi juga boleh bantu kita memberi manfaat kepada orang lain. Kerana hidup ini bukan tentang bertahan — ia tentang faham, ubah dan bertindak. |
|
|
|
 |
|
En. Carl
Industri Keselamatan & Perancang Perniagaan, Selangor |
|
 |
|
 |
Saya Selalu Overthinking — Sekarang Saya Buat Keputusan Dengan Tenang |
Sebelum Kenal Numerologi Saya seorang yang banyak berfikir — terlalu banyak, sampai kadang-kadang sukar untuk buat keputusan dalam hal-hal penting. Sama ada urusan kerja, perniagaan, atau keluarga, saya kerap rasa ragu-ragu. Lebih teruk bila saya mula rasa resah, cepat marah atau terus diam — dan ini menjejaskan hubungan saya dengan orang di sekeliling tanpa saya sedari. Selama ini saya hanya “buat je apa yang rasa betul” dan menahan semua dalam hati. Tapi jauh di sudut hati, saya tetap rasa tak tenang. Hidup macam tak seimbang.
Selepas Saya Masuk Kelas Miss Ada Bila saya mula belajar dengan Miss Ada, baru saya sedar kenapa semua itu berlaku. Numerologi bantu saya nampak pola tenaga dalam kehidupan saya sendiri — rupanya saya jenis yang sangat kuat berfikir (tenaga minda tinggi), tetapi kurang keseimbangan dari segi emosi.
Saya juga sedar bahawa saya sebenarnya ada potensi sebagai pemimpin. Tapi untuk capai tahap itu, saya kena urus tekanan dalaman dengan lebih bijak dan tersusun. Kelas ini ajar saya bila waktu yang sesuai untuk “bergerak” dan bila perlu “bertenang.” Kini, saya lebih tenang bila buat keputusan — sebab saya tahu saya sedang ikut aliran tenaga yang sesuai dengan diri saya.
Apa Saya Belajar & Rasa Saya mula belajar untuk menerima karakter diri saya sendiri, bukan melawannya. Bila saya terima dan faham, saya mula gunakan kelebihan itu untuk membina hidup yang lebih stabil. Kelas ini bukan sekadar tentang nombor — tapi tentang mengenal diri secara jujur. Numerologi yang diajar sangat praktikal dan mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Bukan teori kosong.
Kesyukuran Saya Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk belajar dengan Miss Ada. Saya dapat lihat kesan dan hasilnya dalam pelbagai aspek hidup saya — daripada kerjaya, kewangan, hubungan, sehinggalah kesihatan. Saya rasa bertuah kerana diberi peluang mempelajari sesuatu yang begitu unik dan mendalam. Pendekatan Cikgu sangat sabar, tersusun, dan mudah difahami — membuatkan saya yakin dan selesa, walaupun saya bermula dari asas. |
|
|
|
 |
|
Ahmad Ashraf
Property Business Marketing, Terengganu |
|
 |
|
 |
Dulu Saya Cepat Marah & Tak Sabar — Sekarang Saya Lebih Tenang, Lebih Bijak |
Saya seorang yang mempunyai medan tenaga “HH” dan sebelum kenal ilmu numerologi, saya sangat mudah naik angin dan cepat marah — terutama bila berada di jalan raya atau bila berdepan dengan perkara yang tak kena pada mata saya.
Contohnya, bila orang potong barisan, tak bagi signal, atau suka tukar lorong sesuka hati — saya memang cepat tekan hon, dan kadang-kadang naik suara. Saya juga mudah berdebat, cepat sentap, dan panas baran. Tapi semua ini berlaku secara tak sedar — saya sendiri pun tak sedar kesannya kepada orang sekeliling dan kepada kesihatan dalaman saya.
Saya mula nampak dengan lebih jelas corak tenaga saya sendiri. Saya faham kenapa saya selalu mudah triggered, dan bagaimana kombinasi nombor yang saya gunakan dalam telefon dan seharian sebenarnya memberi kesan besar kepada emosi dan tindakan saya. Saya ambil keputusan untuk tukar nombor dan mula praktik apa yang diajar dalam kelas Miss Ada. Saya perasan perubahan besar pada diri sendiri — dari segi emosi, tindakan, dan cara saya kawal tekanan.
Sekarang, bila ada orang buat silap di jalan raya, saya dah tak kisah. Saya senyum je, overtake dan teruskan perjalanan. Saya lebih malas nak marah atau cari gaduh — bukan sebab takut, tapi sebab dah tak rasa benda tu penting. Saya lebih tenang, dan lebih pandai kawal reaksi saya.
Bila saya belajar numerologi dengan Miss Ada, saya sedar tenaga itu bukan sesuatu yang mistik atau menakutkan. Ia adalah alat untuk bantu kita faham diri sendiri dan susun hidup dengan lebih tenang dan terarah. Saya juga perasan bukan saja emosi saya lebih stabil, tapi pendapatan saya juga mula meningkat, dan hubungan dengan orang sekeliling jadi lebih harmoni. Saya jadi lebih relaks, dan kurang stres — bukan sebab dunia berubah, tapi sebab saya dah ubah cara saya bawa diri.
Ilmu numerologi sekarang ni dah ramai orang ajar, tapi kena pilih guru yang betul. Dalam media sosial memang banyak info, tapi saya cadangkan anda hadir kelas sendiri — barulah anda tahu siapa yang layak bantu anda. Miss Ada ajar dengan tersusun, sabar, dan praktikal — saya sendiri rasa sangat berbaloi.
Jadilah pengguna bijak, dan pelajari tenaga anda sebelum tenaga itu mengawal anda. |
|
|
|
|
|